alhamdulilah,kita masih dihidupkan Allah untuk menjalani hidup ini...hari ni,hatiku teruji lagi...
about love,i'm very weak...aku cuba mencari cinta hakiki iaitu cinta Allah yang tak mengecewakan...alhamdulilah,akhirnya,aku jumpa kemanisannya...tetapi,aku baru mendapat tahu bahawa ada seorg adam ni yang ingin melindungi ku melalui kawannya...aku tak tahu apa perasaan aku sekarang...gembirakah aku kerana ada yang ingin melindungi ku?sedihkah aku kerana dia masih mengingati ku?tidak mengingati tuhan yang esa iaitu Allah?
hatiku diuji lagi....
Ya Allah,lindungilah hatiku dari mengingati selain dari-Mu...kurniakanlah rasa cinta hanya kepada-Mu & rasul2-Mu...Jangan biarkan daku jatuh dalam maksiat cinta...
Ya Allah, ya Tuhanku
Andai aku telah jatuh hati kepada kaum lawanku
Tarbiahkanlah hatiku dengan iman dan takwa
kuatkanlah hatiku bimbinglah jiwaku...
Cinta manusia yang penuh pendustaan
Kau jadikanlah aku menjadi pencintaMu
Sebelum aku menyintai manusia
Sebelum aku terjerumus dalam perangkap rindu
Yang bakal menyeretku ke neraka
Ya Allah ya tuhanku
Kau tabahkanlah jiwaku dalam pancaroba dunia
Kau kuatkan hatiku jika aku benar jatuh hati
Biarlah aku jatuh hati dengan pembawa syariatMu
Biarlah aku jatuh cinta hanya pendukung agamaMu
namun, jangan kau lalaikan jiwaku
Dengan kealpaan yang membawaku ke penjara kedukaan
Dengan dosa noda yang mengheretku ke lembah kemaksiatan
Ya Allah ya Tuhanku
PadaMu aku memohon
Teguhkanlah jiwa pemuda-pemudi seislamku
Jangan biarkan mereka hanyut dalam nafsu membelenggu
Jangan biarkan mereka bersatu dengan kelalaian perasaan
selamatkanlah mereka dari dosa
Yang bakal membawa mereka sentiasa alpa dan leka
Ya Allah,
Tunjukkan kepada kami keindahan syariatMu
Syariat yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah
Adab dan pergaulan lelaki dan perempuan
Yang digariskan dengan etika dan kesopanan
teman
' Syariat itu membataskan adab dan pergaulan'
'Syariat indah yang maha menetapkan kesusilaan'
'Cinta harus dibatasi dengan keindahan Islam yang digariskan'
Moga cinta yang telah Allah kurniakan
Menjadi satu keindahan dan rahmat kepada insan
Bukan menjadi satu bala kepada umat Islam
lantaran menurut hawa nafsu mainan syaitan
Pimpinlah cinta menuju arah pimpinan cinta tuhan
Moga hidup ini penuh keberkatan/
No comments:
Post a Comment