Takbir!!! Allahu Akbar

FOM Ads

2/19/2010

Tidak akan aku berpaling lagi

Hatiku tak tenang
Hatiku tak keruan
Sebaik melihat kembali masa silam
masa silam yang memeritkan

Mengapa perasaanku begini?
Apakah yang sedang melanda diriku ini?
Mengapa begini?

Setelah aku jatuh ke jurang dosa
Aku tak ingin jatuh kembali
Aku tak ingin merasainya kembali
Cukup sudah apa yang aku lalui dulu
Perit terasa bila mengenangnya
Derita jiwa bila difikirkan kembali
Serik sudah rasa di hati

Kerana
Kesannya amat kuat
Walaupun sudah lama tak bersua
Masih lagi ada sisa peritnya

Justeru
Akan aku cegah perasaan ini
Akan aku usir godaan ini
Akan aku lawan perasaan ini demi masa depanku

Ya Allah
Lindungilah diriku dari godaan syaitan
Peliharalah hati ini untuk tetap di jalan-Mu
Jauhilah daku dari maksiat cinta
Supaya
engkau redha padaku
daku hidup aman dan tenang...
Amin....~MSN Onion Emoticon

layout baru?

amacam?cantik tak layout baru ni?Onion Emoticons
baru tukar semalam..dengan tekad yg kuat ,Alhamdulilah...Onion Icons
ni lah jadinye...hehehe...
saje tukar,kn sbb org lain punya blog semua cantik2...
so,tukarlah skit..barulah semangat nk bercerita..hehe..
oklah..selamat membaca..Onion Icon

2/17/2010

Palestin..!!! Aku akan mendoakanmu selalu...

assalamualaikum....tadi buat blogger walking..pastu,terjumpa blog ni...sgt menyentuh hati baca post ni..so,saya nk kongsikan nya di sini..sebelum anda semua baca,mulakanlah dgn basmalah dan bukalah hati anda..ini adalah pesanan buat umat Islam di Malaysia dan diseluruh dunia...sy ambil petikan dari badar-intersaber

Bismillahirrahmanirrahim...

(Ini adalah
pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di
Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk
siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS".
Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil
)

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk
berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam.
Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta,
anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh
dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam
dan juga masjid ketiga suci mereka
. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk
menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan
dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama
waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami
mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari
rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak,
dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang
boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di
Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air
mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang
ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima
pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam
telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam
telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk
melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana
saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.
Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami
telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha
pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami
.
Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan
80′an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus
sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami
mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan
kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan
Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin
memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula
dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini
.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai
jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam
sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli
mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin
dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka.HAMAS
juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang
dengan kuku dan gigi sahaja
. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada
perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka.
Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi
kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa
menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik
pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir
di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama.
Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah
ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami
adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda.
Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat
Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia
. Tidakkah anda
sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang
akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang
mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah
lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak
berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah
negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa
besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi
pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion
di dalam akaun kerajaan
. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga
realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan
yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima
gaji semenjak 3 bulan yang lalu
. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza
dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan
di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal
di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi.
Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas
di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen
(Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan
kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan
ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang
dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka
inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami
enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga
dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak
penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak
pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin
.Rejim Zionis telah mengambilnya dari
kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada
kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup
laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di
tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui
oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu
semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami
yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan
mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan
dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan
daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.
Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami
memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai
dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf
Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat
. Pilihan yang kedua adalah
teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan
. Kami telah
memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir
kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan
sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama
enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan
menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat
akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak
akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan
bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di
Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di
Malaysia sekelian
,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan
sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan
prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan
anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya
menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan
. Kami akan tuntut dari Allah di
atas kelembapan anda semua
. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di
Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda
menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat
Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi
pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu
.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan
masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut
membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di
dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa(bukan dengan hiburansemata-mata!!) . Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah
harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam
doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan.
Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami
dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat
di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti
, di mana pada waktu itu, bendera Islam
akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi
ini…


Allah Akbar!!!


Saudaramu,

Khalil Ismail
al-Haya

Ketua Whip HAMAS
di Majlis Legaslatif Palestin,



disini juga sy selitkan video lagu oleh shoutul harokah

2/14/2010

Redha dengan ketentuan-Nya

Kasih Sayang Allah
www.iLuvislam.com
muhammad_afiq
editor : everjihad



Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..

Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..

Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."


Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...
erm...inilah yang berlaku pd hari ini..mungkin Allah nak uji sy,kut...x pelah,mulai sekarang mgkin sy perlu belajar utk redha dgn ape2 kemungkinan..insyaAllah....Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini..maaflah,sy memulakan thread dgn hati yg sedih..wailaliqa' ma'a ssalamah..

wassalam....MSN Onion Icons