Takbir!!! Allahu Akbar

FOM Ads

12/22/2009

Keagungan Kasih Sayang Allah




assalamualaikum.........
hari ni,saya nak cerita pasal kasih sayang Allah yang amat melimpah ruah...
bismillahirrahmanirrahim.....


Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda:
''Setiap hari langit dan bumi,lautan dan gunung-ganang tiada hentinya mengecam manusia dan memohon kepada sekalian Tuhan sekalian alam..

Langit bermohon:''Ya Rabbi,izinkanlah hamba menjatuhkan planet2 kepada diri manusia.Mereka menikmati anugerahMu,tetapi tidak bersyukur kepadaMu.

Bumi bermohon: ''Ya Allah Ya Tuhanku,izinkanlah hamba menelan manusia.Merka menikmati anugerahMu, tetapi tidak bersyukur kepadaMu..

Lautan bermohon: ''Ya Allah ,Ya Tuhanku,izinkanlah hamba tenggelamkan manusia.Mereka menikmati anugerahMu,tetapi tidak bersyukur kepadaMu..

Gunung-ganang bermohon:'' Ya Allah ,Ya Tuhanku,izinkanlah hambaMu menimbun manusia.Mereka menikmati anugerahMu , tetapi tidak bersyukur kepadaMu..

Lalu Allah berfirman kepada mereka:''Seandainya kamulah yang menciptakan manusia,nescaya kamu santuni atau kasih dan sayang kepadanya.Kerana itulah,biarlah Aku sendiri mengurusi mereka.Manakala mereka bertaubat,taat dan sedar kepadaKu,maka Aku menjadi kekasih mereka.Manakala mereka tidak sedar,maka Akulah yang menjadi doktornya''

Betapa melimpah ruahnyaanugerah dan kenikmatan yang Allah berikan...Justeru,usahlah ragu2 terhadap kasih sayang Allah.Binalah kehidupan yang penuh dengan rahmat Allahdan berusaha mencari keredhaan-Nya..Nabi Muhammad SAW bersabda:
''Allah menjadi rahmat atau kasih sayang itu seratus bahagian.Dikuasai-Nya sembilan puluh sembilan bahagian dan selebihnya diletakkan di bumi.Dengan sedikit itu,seluruh makhluk berkasih sayang.Binatang pun mengangkatkan tapak kakinya kerana khuatir menyentuh anaknya.''
(HR Bukhari dan Muslim)

Jadi,saya ingin mengajak diri saya serta yang lain untuk merasai hidup bertuhankan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..marilah kita kembali pada Allah,kerana Allah amat merinduimu..

disunting dari buku Penawar Jiwa..

12/19/2009

Perkara2 yang boleh melemahkan ingatan

assalamualaikum.........
dah lama rasanya tak menulis...dah berhabuk dah... MSN Onion Icons...hehehe...oklah hari ni,saya nak cerita sikit tentang perkara yg boleh lemahkan ingatan...saya rasa ramai dah tau,cuma nak revise balik je...ok?

1)Melihat perkara yang diharamkan etc: buku atau cerita2 lucah.Onion Icons-ish2,jgn2,x elok...
2)Bermain mata dengan perempuan(zina mata)
3)Terlibat dalam cinta monyetyang menimbulkan khayalan tak bertepi Onion Icons
4)Minum minuman yang mengandungi semut
5)Tidak mengamalkan pembacaan al-quran
6)Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan dukacita...Monkey Winks
7)Membuang air kecil semasa menggosok gigiMonkey Icon

oklah,amalan yang akan mengukuhkan ingatan pula akn bersambung nnti...Onion Emoticons

11/30/2009




salam alaikum.........erm....memanglah sekarang ni waktu untuk bercuti...
yehhhhhhh!!!!!! tapi,mne duitnye?skrg ni semua pkai duit...haih...
bukan tu sbnrnye yang sy nak cerita..tapi,sekarang,kn cuti sekolah...so,biasanya
cikgu2 akn bagi homework...tapi,kelas aku ni memang x bg homework...
agknye,ckgu nak bagi kteorg main puas2 kut...hahahaha...

tapi,kalau jenis yang mcm aku ni,susahlah...aku suka study...at least,otak aku jalan...tapi,
kalo mcm ni,manelah otak aku nak jalan....takde homework...adui,cmne ni...
tuisyen?ade ke bukak tgh2 cuti ni??
aih,sape yang idea tolonglah bantu aku selesaikan mslh ni ye...huhuhuhu...

sementara semangat belajar masih ada...hehehehe...

11/06/2009

Perginya Seorang Rakanku..

assalamualaikum.......bismillahirrahmanirrahim....

maha suci Allah menciptakan kita....masya Allah,ana rasa tak larat nak taip kat keyboard ni...perginya seorang teman ana sewaktu sekolah agama amat pedih...kami agk rapat dulu...tetiba,ana dapat berita yang dia telah menemui Allah petang ni...rasa macam sekejap sangat dunia ni...alhamdulilah,sedikit sebanyak Allah sedang menyedarkan ana tentang betapa singkat nya dunia ini....

al-fatihah buat arwah aini....semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya...
amin....

10/30/2009

Gerhana Matahari Satu Peringatan

Assalamualaikum...bismillahirrahmanirrahim....tadi,baru ana terbaca tentang gerhana matahari..dan baru ana tahu bahawa gerhana matahari tu satu tanda peringatan tentang hari kiamat...ni artikelnya iaitu dari iluvislam.com..antum boleh baca di bawah ni juga...


Sumber gambar
Gerhana Matahari

Belum pun berpisah dengan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita dijodohkan pula dengan peristiwa gerhana matahari yang menyaksikan satu lagi tanda kebesaran dan keagungan-Nya. Selaku seorang Muslim, apatah lagi yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita seharusnya peka dengan fenomena alam ini. Seterusnya berusaha memahami iktibar dan pengajaran di sebalik setiap yang berlaku. Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bagi menakutkan hamba-hamba-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah. (Matahari dan bulan itu) tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang ataupun kelahiran seseorang, tetapi Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan kedua-duanya."

Allah mengingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman)." al-Israk: 59

Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yang menakutkan, kerana tiada siapa pun yang mengetahui apa yang Allah kehendaki daripada kejadian gerhana ini. Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dalam khutbah gerhananya ini mengingatkan kita tentang kehebatan Allah dan peringatan-Nya yang tersirat di sebalik peristiwa ini:

"Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yang saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."

Malangnya, betapa ramai umat Islam pada zaman ini yang memandang remeh dan tidak gentar bertemu dengan kejadian gerhana ini. Sedangkan ia adalah saat-saat yang begitu mencemaskan penghulu sekalian manusia, Nabi Muhammad SAW. Berapa ramai yang leka dan asyik dengan pekerjaannya, sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan bersegera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yang mencemaskan ini berakhir. Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir-hampir menemui maut. Beliau berkata:

"Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita."

Ikutan kita yang agung, Rasulullah SAW gementar dan luruh hatinya semasa melihat kejadian ini. Terdapat banyak hadis yang meriwayatkan tentang reaksi cemas Baginda tatkala berlaku gerhana matahari dan bulan. Di dalam Sahih Muslim diriwayatkan, ketika berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW, terkejut dan bingkas bangun ingin mengambil selendangnya untuk dipakai tetapi terambil baju besinya kerana fikiran dan hatinya yang sibuk dan cemas memikirkan kejadian gerhana yang sedang berlaku. Baginda SAW menjadi begitu cemas kerana takut sekiranya Allah menurunkan bala atau mengisyaratkan akan berlakunya kiamat berikutan gerhana tersebut. Kebimbangan Nabi SAW ini menyebabkan Baginda memanjangkan doanya dan mencucurkan air mata, lebih-lebih lagi memikirkan nasib umatnya. Hal ini disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah ibn 'Amru r.a berkata:

"Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah-olah Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana terlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya.

"Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya, seolah-olah Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah-olah Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis seraya berdoa:

"Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akan mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukankah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepada-Mu".

Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".

Sesungguhnya Baginda SAW tidak mengalirkan air mata kerana dirinya sendiri, tetapi Baginda mengalirkan air mata semata-mata kerana mengenang dan kasihkan umatnya serta bimbang Allah akan mengazab mereka disebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Lihatlah betapa dalam dan suci kasih Rasulullah SAW terhadap umatnya. Walaupun berada dalam keadaan cemas dan ketakutan, Baginda SAW tidak pernah melupakan kita.

Justeru, renungilah, apakah yang kita lakukan demi Baginda SAW?

Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan demi mempertahankan agamanya yang tercinta? Allah SWT dengan segala keperkasaan dan keagungan-Nya, mampu menjadikan atau tidak menjadikan kejadian gerhana matahari dan bulan. Namun, daripada perspektif ilmu saintifik yang dicanang oleh sebahagian saintis moden mengatakan semua itu berlaku secara semulajadi yang mesti berlaku mengikut kiraan ilmu bintang yang mereka cipta. Semuanya itu tidak diyakini dengan pasti, malah berdasarkan sangkaan semata-mata, menurut agakan dan ukuran fikiran mereka yang masih rendah. Sedangkan Nabi SAW menyebut bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah dan peristiwa gerhana dijadikan oleh Allah sebagai menakutkan dan mengingatkan hamba-Nya.


Hikmah di sebalik kejadian gerhana

Terlalu banyak hikmah tersirat di sebalik kejadian ini sebagaimana yang banyak disebut oleh ulama. Di antaranya ialah:

~ Menzahirkan penguasaan dan pentadbiran Allah terhadap matahari dan bulan.

~ Menerangkan kejelikan dan kebodohan orang-orang yang menyembah matahari dan bulan.


Firman Allah yang maksud-Nya:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya benar kamu hanya beribadat kepada Allah. (al-Fussilat: 37)

~ Menggementarkan hati orang-orang yang berasa tenang dengan kelalaian dan dosa-dosa yang dilakukannya.

~ Memperlihatkan kepada manusia contoh-contoh peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat sebagaimana firman Allah:

Maka (hari Kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.
(al Qiyamah 7-9)

~ Menggambarkan Allah mungkin akan mengazab orang yang tidak berdosa.

Merenung hikmah-hikmah ini, terlintas di fikiran saya, apakah kejadian gerhana matahari yang Allah datangkan sejurus selepas sambutan Israk dan Mikraj merupakan peringatan daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang masih lagi lalai dan belum juga insaf dengan segala maksiat yang dilakukan sama ada maksiat zahir atau batin. Sekalipun telah diperingatkan tentang kekuasaan-Nya melalui peristiwa Israk dan Mikraj? Apakah telah hampir masanya untuk Allah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan-Nya yang sebenar?

Moga-moga Allah menggolongkan kita di antara hamba-Nya yang sentiasa sedar dan terselamat daripada kemurkaan-Nya.

Amalan sunat semasa gerhana

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

+ Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".

+ Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata:

"Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

+ Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra:

"Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur."

+ Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah."

+ Memerdekakan hamba. Asma' ra berkata:

"Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. Dalam satu riwayat lain, "Gerhana bulan."

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.

Pertanyaan tentang Ujian

Bismillahirrahmanirrahim...kte selalu bertanya tentang ujian...so,jika kita bce ape yg ditulis dibawah ni,insyaAllah kte takkan merasa ujian itu berat tetapi merasakan ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita...so,sama2lah kte renungkan..


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami
telah beriman".sedangkan mereka tidak diuji?Dan
sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah
pula kamu bersedih hati,padahal kamulah
org2 yg paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU
MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT
DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari
org2 mu'min,diri,harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111


KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan
selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129


KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Saya doakan awak sentiasa di bawah petunjuk dan rahmat Allah SWT. Banyakkan doa, solat taubat dan solat hajat. Moga2 Allah hadirkan taufiq dan hidayah dlm sepanjang hidup awak. Yakinlah, kalau dia jodoh awak, takkan ke mana, nnt Allah akan hadirkan dia kembali dlm keadaan yg lbh baik iAllah.


10/09/2009

Hatiku Diuji lagi...



alhamdulilah,kita masih dihidupkan Allah untuk menjalani hidup ini...hari ni,hatiku teruji lagi...
about love,i'm very weak...aku cuba mencari cinta hakiki iaitu cinta Allah yang tak mengecewakan...alhamdulilah,akhirnya,aku jumpa kemanisannya...tetapi,aku baru mendapat tahu bahawa ada seorg adam ni yang ingin melindungi ku melalui kawannya...aku tak tahu apa perasaan aku sekarang...gembirakah aku kerana ada yang ingin melindungi ku?sedihkah aku kerana dia masih mengingati ku?tidak mengingati tuhan yang esa iaitu Allah?

hatiku diuji lagi....

Ya Allah,lindungilah hatiku dari mengingati selain dari-Mu...kurniakanlah rasa cinta hanya kepada-Mu & rasul2-Mu...Jangan biarkan daku jatuh dalam maksiat cinta...




Ya Allah, ya Tuhanku
Andai aku telah jatuh hati kepada kaum lawanku
Tarbiahkanlah hatiku dengan iman dan takwa
kuatkanlah hatiku bimbinglah jiwaku...
Cinta manusia yang penuh pendustaan

Kau jadikanlah aku menjadi pencintaMu
Sebelum aku menyintai manusia
Sebelum aku terjerumus dalam perangkap rindu
Yang bakal menyeretku ke neraka

Ya Allah ya tuhanku
Kau tabahkanlah jiwaku dalam pancaroba dunia
Kau kuatkan hatiku jika aku benar jatuh hati
Biarlah aku jatuh hati dengan pembawa syariatMu
Biarlah aku jatuh cinta hanya pendukung agamaMu
namun, jangan kau lalaikan jiwaku
Dengan kealpaan yang membawaku ke penjara kedukaan
Dengan dosa noda yang mengheretku ke lembah kemaksiatan

Ya Allah ya Tuhanku
PadaMu aku memohon
Teguhkanlah jiwa pemuda-pemudi seislamku
Jangan biarkan mereka hanyut dalam nafsu membelenggu
Jangan biarkan mereka bersatu dengan kelalaian perasaan
selamatkanlah mereka dari dosa
Yang bakal membawa mereka sentiasa alpa dan leka

Ya Allah,
Tunjukkan kepada kami keindahan syariatMu
Syariat yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah
Adab dan pergaulan lelaki dan perempuan
Yang digariskan dengan etika dan kesopanan

teman
' Syariat itu membataskan adab dan pergaulan'
'Syariat indah yang maha menetapkan kesusilaan'
'Cinta harus dibatasi dengan keindahan Islam yang digariskan'
Moga cinta yang telah Allah kurniakan
Menjadi satu keindahan dan rahmat kepada insan
Bukan menjadi satu bala kepada umat Islam
lantaran menurut hawa nafsu mainan syaitan
Pimpinlah cinta menuju arah pimpinan cinta tuhan
Moga hidup ini penuh keberkatan/

cloud 9


10/03/2009

Demam pekse kembali lagi !!!

tinggal sebulan je lagi nak pekse...
study pun tak lagi...
tak retilah nak study sebulan sblm pekse...
suka study nak dekat2 pekse...
hahahahha....MySpace
mak pun dh mula suh belajar tp susah ckitlah..
silibus x abis lagi...
apa2 pun,semoga aku dn rakan2 berjaya lulus dalm pekse duniawi
& ukhrawi...amin~.......




8/24/2009

Cintanya Rasulullah pada Kita Umatnya

Assalamualaikum...hari ni,ana bersembang dengan seorg kakak ni...tiba2 dia bagi satu link video ttg Rasulullah...masyaAllah,sedihnya bila melihat dan mendengar cerita di saat Rasulullah menghadapi sakaratul maut...ni videonya..hayati dan hargailah pengorbanan Rasulullah untuk kita...Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah....



8/17/2009

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

Antara bahayanya ialah :

  • Pasti kelak diri seperti lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu
  • Cinta lalai akan menyebabkan alpa dari membuat mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa dan perasaan
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik dan buruk
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga,nescaya ia terbina atas dasar maksiat,yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.


*Dipetik dari buku Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

7/15/2009

Tips Kurangkan Nyamuk

assalamualaikum........
erm...lama sgt rsenye x tulis blog..
x tau nak tulis ape...he2..
ni adelah ckit tips yg diambil dr idhamlim.blogspot.com...

Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk (sebagai vektor yang sangat tekun) adalah Dengue, Malaria, 2 jenis Equine Encephalitis, Japanese Encephalitis, West Nile Virus dan Meningitis ( Yellow Fever ). Ada banyak lagi jenis kat Benua Afrika dan Amerika yang lebih mengerikan.

Bagaimana nyamuk mengesan mangsa samada manusia atau binatang? Melalui kehadiran Carbon Dioxide, CO2 atau Karbon Dioksida. Ia adalah gas yang dikeluarkan pernafasan manusia dan haiwan berdarah panas setelah menghidu udara bersih. Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5km untuk mencari sumber CO2. Nyamuk KL pula pandai guna lift dan ada yang naik kapalterbang ke Sabah.

Bahaya ke bahan kimia dari supermarket untuk bunuh nyamuk? Saya tak suka Ubat Nyamuk ( berasap ) yang boleh menganggu pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit. Saya juga tak suka guna INSECTICIDE kerana terdapat banyak kes-kes cancer, brain damage, leukimia, lymphoma dan kecacatan kanak-kanak baru lahir di luar negara akibat darinya. Ni pulak mereka keluarkan bahan kimia guna letrik atau bunyi anti-nyamuk. Lagi lah saya ngeri. Maklumlah sayang bini dan anak-anak, saya cari jalan natural dan agama Islam menyuruh kita menjaga kesihatan serta ekonomi.

CARA A : Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial.

>> Untuk Perlindungan Badan
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.
NOTA : Saya tak simpan air wangi ni sebab bilas badan terakhir setiap hari sebelum keluar rumah untuk Aromatherapy. Saya pening kepala kalau pakai minyak wangi yang jual di kedai. Kimia pulak tu.

>> Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

CARA B: Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket.

>> Untuk Perlindungan Badan
1. Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk. AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.
NOTA : saya tak mandi dengan air minyak ni.

>> Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.

KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH
Semua orang rasanya dah tengok dalam TV bagaimana nak kurangkan nyamuk dalam dan luar rumah. KEYWORD : Jangan ada air bertakung.

Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.

Saya tambah sikit kat sini. Bersihkan halaman rumah dari daun-daun, dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air. Nyamuk betina memang jahat.

Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk ( bau macam serai wangi dan dijual di nurseri ).

Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).

Akhirkata
Saya dah amalkan CARA A dan CARA B bertahun-tahun lamanya dan berkesan. Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan induk, iaitu eucalyptus ( kayu putih ) dan lemon grass ( serai atau serai wangi ).

5/30/2009

Ada Pada Babi??

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing. Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI
DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM
Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:
Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60’C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit :

pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

KEHARAMAN BABI
Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA FARMASI
Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM
Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu? Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ? Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi? Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

KATA USTAZ…
Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga bermanfaat….


copy from: idhamlim.blogspot.com