Takbir!!! Allahu Akbar

FOM Ads

4/19/2009

Bersabarlah duhai para pemuda........

-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-

Buat sahabatku tersayang...

Cinta..

ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali
utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..

Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...

Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...

Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah

Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...

Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...

Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu perasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite
perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)

SAYANG...

jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...

jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..

> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....

Wal iyazubillah....

Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"



Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?

Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...

Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....

Marilah sama2 kite menjaga hati kite...

Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...

Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....

tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...
Sahabatku sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3) jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa...


Muhasabah diri sebentar....




sekadar renungan buat diri sendiri & semua. bagi mengingatkan diri kita
yng sering terleka.lantaran kita hambaNya yang lemah.hati rapuh dan
mudah goyah...

sebelum mata terpejam
helakan nafasmu
peruntukkan sedikit masamu
menelusuri perbuatanmu
hari ini

sebelum mata yang mengantuk ini terpejam
kenangkanlah. .

diri sebagai hamba
telahkah sempurna solatku yang lima waktu?
taatkah aku hari ini?
bersediakah aku untuk menemuiNya?
andai mata ini tak terbuka lagi
mampukah aku menjawab soalan
di barzakh kelak?

diri sebagai anak
tenangkah hati kedua orang tuaku?
adakah aku berbuat baik kepada mereka?
anak solehkah aku?
mampukah aku mencium bau syurga?
andai mata ini tak terbuka lagi
mampukah meraih mardhatillah
yang bergantung kepada keredhaan mereka?

muhasabahlah diri
dalam ketenangan malam
dalam kesamaran dek mengantuk
sebelum mata terpejam
hitunglah & hisablah
bertaubat & berdoalah
sebelum mata yang terpejam
tertutup buat selamanya...

ingatlah...
jangan dibanggakan diri kita
yang diangkat menjadi khalifah di muka bumi
sedangkan
kita masih jauh daripada mampu
untuk menjadi seorang HAMBA ALLAH yang soleh

andai mata yang terpejam tak terbuka lagi
biarlah pemergian bagaikan dinanti
moga kematian menjadi tempat istirehat
dalam menuju syurga abadi
AMIN..

4/10/2009

x de idealah nk tulis...


erm...x taulah nk tulis pe...
rahsia aku semua org nk tau...
sibuk je...hehe,aku pun sme sbnrnye...
oklah,semoga hidup sesiapa yg membaca ni bahagia....
k,daaa...salam.......

4/09/2009

Ya Allah, ya Tuhanku
Andai aku telah jatuh hati kepada kaum lawanku
Tarbiahkanlah hatiku dengan iman dan takwa
kuatkanlah hatiku bimbinglah jiwaku...
Cinta manusia yang penuh pendustaan

Kau jadikanlah aku menjadi pencintaMu
Sebelum aku menyintai manusia
Sebelum aku terjerumus dalam perangkap rindu
Yang bakal menyeretku ke neraka

Ya Allah ya tuhanku
Kau tabahkanlah jiwaku dalam pancaroba dunia
Kau kuatkan hatiku jika aku benar jatuh hati
Biarlah aku jatuh hati dengan pembawa syariatMu
Biarlah aku jatuh cinta hanya pendukung agamaMu
namun, jangan kau lalaikan jiwaku
Dengan kealpaan yang membawaku ke penjara kedukaan
Dengan dosa noda yang mengheretku ke lembah kemaksiatan

Ya Allah ya Tuhanku
PadaMu aku memohon
Teguhkanlah jiwa pemuda-pemudi seislamku
Jangan biarkan mereka hanyut dalam nafsu membelenggu
Jangan biarkan mereka bersatu dengan kelalaian perasaan
selamatkanlah mereka dari dosa
Yang bakal membawa mereka sentiasa alpa dan leka

Ya Allah,
Tunjukkan kepada kami keindahan syariatMu
Syariat yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah
Adab dan pergaulan lelaki dan perempuan
Yang digariskan dengan etika dan kesopanan

teman
' Syariat itu membataskan adab dan pergaulan'
'Syariat indah yang maha menetapkan kesusilaan'
'Cinta harus dibatasi dengan keindahan Islam yang digariskan'
Moga cinta yang telah Allah kurniakan
Menjadi satu keindahan dan rahmat kepada insan
Bukan menjadi satu bala kepada umat Islam
lantaran menurut hawa nafsu mainan syaitan
Pimpinlah cinta menuju arah pimpinan cinta tuhan
Moga hidup ini penuh keberkatan