syoknye ayong ade anset....cantik giler tu....takpe2 nnti aku beli anset yg 100 kali ganda lg cantik....hahha..puas hati aku...tp,anset sony nie mmg eloklah nk compare dgn yg lain,kn..sume ade... tu jelah....malas nak cite byk2...buat sakit hati je...
Cintaku Hanya MilikMu www.iLuvislam.com maDees Editor : almusafirq8
Bukan mudah Ya ALLAH… Berdiri di tangga kemewahan, kenikmatan dan kesenangan Keindahan dunia ini menganggu ku Kemanisan hubbu dunya ini mencarik-carik imanku Dimanakah aku tanpa kecintaan padaMU
Aku runsing Ya ALLAH Aku berlari ke sana dan ke sini Aku mencari dan terus mencari Dimanakah ku tagih cinta Ilahi Bagaimana harus ku bayar nikmat yang Kau beri Sedang aku tidak diuji Maka saat aku tidak diuji, adalah ujian yang terbesar sekali Andai bisa aku berbicara denganMU Dan ku harap Kau mendengar pengaduanku Sungguh aku bukan bercakap kosong Inilah keluhan hatiku Yang merindu cinta MU, yang mengharap keredhaan MU….
Ampuni aku Ya ALLAH Aku lemah lagi tak bermaya Melawan sesuatu yang digelar fana dunia Aku tak mampu Ya ALLAH, Belenggu ini menghimpit ku… Belenggu ini menghiburkan hatiku Sehingga aku senang denganya Sehingga aku takut kehilanganya Sedang cintaMU itu sangat luar biasa… Sedang cintaMU itu lebih dari segala-galanya…
Sungguh aku tak layak Ya ALLAH menghampiri syurgaMU Dan pasti menggeletarlah seluruh tubuhku mendengarkan api nerakaMU Lalu ke manakah langkahku Selayaknya dimanakah tempatku Atas redhaMU ya Rabbi.. aku hanya menuruti Andai aku diseksa, kan aku patuhi Asalkan Kau meredhai hidupku ini
Terima Kasih Ya ALLAH kerana sudi menyayangi diri ini Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering mendengar pengharapan serta pengaduanku Terima Kasih Ya ALLAH kerana sering bersama-sama denganku, tak kira apa keadaan imanku Sesungguhnya Ya ALLAH, cinta ku hanya milikMU…
-Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja..tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu..Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal..-
Buatsahabatku tersayang...
Cinta..
ramai antara kite terperangkap dan terjerat dengan perasaan sendiri... ya memang susah nak membuang cinta.. sebab tu ada orang kata, jangan sengaja nak cuba2, sebab bile dah bercinta, apatah lagi cinta yang melanggar syarak, sangat susah nak kikis benda tu kecuali
utk orang2 yang Allah berikan kekuatan..sebab syaitan akan cuba sedaya upaya untuk mengindahkan percintaan itu dan cuba untuk menyucuk hati kita agar menyetujui perbuatan yang kite buat itu..
Sebab tu Allah ada cakap kat kite dalam surah ke 2 ayat 165(bukak Quran dan baca lagi best sket) : Dan di antara manusia ada org2 yang menyembah tandingan2 selain Allah: mereka menyintainya sebagaimana mereka menyintai Allah. Adapun orang2 beriman sangat cintakan Allah...
Hati manusia ini, kalau tak cinta pada Allah, dia akan cinta pada selain Allah.. dan kadang2 kite tak perasan dan leka yang cinta kita pada benda selain Allah itu, melebihi cinta kita pada ALlah..-->menyembah tandingan2 selain Allah sebab menyintai tandingan2 itu macam
kita menyintai Allah...
Bayangkan kalau Allah tanya kite di akhirat, adakah kite menyembah Dia atau selainNya? Jika syarat menyembah itu adalah dengan menyintai...bayangkan kite mengikut hawa nafsu kite lebih berbanding dengan perintah Allah..astaghfirullah
Sebab kalau orang yang cintakan Allah, dia takkan buat maksiat.dia takut bila dia ajak kaum lain jantina keluar untuk buat apa2 je,Allah akan murka dia, dan dia tidak tergolong dikalangan orang2 beriman.. lucutlah pahala2 yang Allah berikan kepada dia..selama dia buat baik...
Dan dia sangat faham ayat hijab yang Allah turunkan pada dia 33:53..dan dia sangat akur yang dia perlu menundukkan padangan setiap kali berada di hadapan sesiapa saja :An-Nur 30-31 kerana dari pandangan matalah, akan berlakunya pelbagai bentuk zina yang lain...
Kite tak perlu cemburu jika ada kawan kite yang larut dengan percintaan...mereka sebenarnya terperangkap dalam penjara cinta..mereka dibelunggu perasaan yang tak mampu mereka keluar dari itu..kite perlu ambil usaha untuk membantu mereka, bawa mereka utk kenal Allah..kenal cinta Allah..kerana cinta manusia itu sering mengundah gelanakan hati dan kebahagiaannya cuma sementara. jika kahwin adalah matlamat utama, itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan hakiki kerana bagi seorang mukmin itu, kebahagian yang paling membahagiakan adalah apabila dia mendapat redha TuhanNya..dan itulah mengatasi
segala2nya..( Al-Anfal:2)
SAYANG...
jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..
SAYANG...
jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..
Sepatutnya kite mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...
Bayangkan... jika langkah kite yang silap dari sekarang..
> akan mengeffect anak2 kita...
> cucu cicit kite...
> dan keturunan2 kita....
Wal iyazubillah....
Bukan takde cara nak approach teman hidup.. jika dah bersedia utk berumah tangga boleh sahaja melalui orang tengah yang lebih mengenali insan tersebut...
TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"
Bukankah Allah itu ada utk kite letakkan segala puncak harapan... ?
Mmg susah nak mengawal hawa nafsu..Tambah2 lagi di zaman muda seperti kite, hidup di negara omputih,maksiat berlaku di depan mata merata2...kehendak hati sentiasa bergelojak... kerana itu Rasulullah sarankan utk mereka yang mampu untuk berkahwin, jika tak mampu...berpuasalah...kerana berpuasa itu dapat menurunkan kehendak hawa nafsu...
Ikat hati kite dengan Allah, kerana mereka yang bersama Allah takkan pernah rasa kesepian dan keseorangan...dan sebaik2 bekal adalah taqwa... ( Al-Araf :201) sebab syaitan akan goda dan masuk hati kite di tempat yang paling kite lemah sekali....
Marilah sama2 kite menjaga hati kite...
Bersabarlah wahai para pemuda sekalian, tahanlah pandangan mata anda...
Bersabarlah duhai para pemudi, sesungguhnya anda adalah seperti tombol pintu, adalah menjadi hak anda untuk membuka pintu itu kepada sesiapa sahaja... tahanlah pintu itu dari mereka yang bukan menjadi hakmu.. Jagalah pintu itu, sehinggalah yang hak itu dapat menjadi milikmu secara halal....
tu je qalam untuk hari ini....sekadar meluahkan rensa hati yang galau melihat sahabat2 yang dicintai bergelumang di dalam kancah yang serupa..Apatah lagi apabila cinta itu dijelmakan dalam bentuk perbuatan, dating, etc etc...
Sahabatku sekalian, nasihatkan aku juga dikala aku terlupa ( Al-asr 1-3) jika kau menyintai nasihat, maka nasihatkanlah aku setiap masa...
sekadar renungan buat diri sendiri & semua. bagi mengingatkan diri kita yng sering terleka.lantaran kita hambaNya yang lemah.hati rapuh dan mudah goyah...
sebelum mata terpejam helakan nafasmu peruntukkan sedikit masamu menelusuri perbuatanmu hari ini
sebelum mata yang mengantuk ini terpejam kenangkanlah. .
diri sebagai hamba telahkah sempurna solatku yang lima waktu? taatkah aku hari ini? bersediakah aku untuk menemuiNya? andai mata ini tak terbuka lagi mampukah aku menjawab soalan di barzakh kelak?
diri sebagai anak tenangkah hati kedua orang tuaku? adakah aku berbuat baik kepada mereka? anak solehkah aku? mampukah aku mencium bau syurga? andai mata ini tak terbuka lagi mampukah meraih mardhatillah yang bergantung kepada keredhaan mereka?
muhasabahlah diri dalam ketenangan malam dalam kesamaran dek mengantuk sebelum mata terpejam hitunglah & hisablah bertaubat & berdoalah sebelum mata yang terpejam tertutup buat selamanya...
ingatlah... jangan dibanggakan diri kita yang diangkat menjadi khalifah di muka bumi sedangkan kita masih jauh daripada mampu untuk menjadi seorang HAMBA ALLAH yang soleh
andai mata yang terpejam tak terbuka lagi biarlah pemergian bagaikan dinanti moga kematian menjadi tempat istirehat dalam menuju syurga abadi AMIN..
erm...x taulah nk tulis pe... rahsia aku semua org nk tau... sibuk je...hehe,aku pun sme sbnrnye... oklah,semoga hidup sesiapa yg membaca ni bahagia.... k,daaa...salam.......
4/09/2009
Ya Allah, ya Tuhanku Andai aku telah jatuh hati kepada kaum lawanku Tarbiahkanlah hatiku dengan iman dan takwa kuatkanlah hatiku bimbinglah jiwaku... Cinta manusia yang penuh pendustaan Kau jadikanlah aku menjadi pencintaMu Sebelum aku menyintai manusia Sebelum aku terjerumus dalam perangkap rindu Yang bakal menyeretku ke neraka
Ya Allah ya tuhanku Kau tabahkanlah jiwaku dalam pancaroba dunia Kau kuatkan hatiku jika aku benar jatuh hati Biarlah aku jatuh hati dengan pembawa syariatMu Biarlah aku jatuh cinta hanya pendukung agamaMu namun, jangan kau lalaikan jiwaku Dengan kealpaan yang membawaku ke penjara kedukaan Dengan dosa noda yang mengheretku ke lembah kemaksiatan
Ya Allah ya Tuhanku PadaMu aku memohon Teguhkanlah jiwa pemuda-pemudi seislamku Jangan biarkan mereka hanyut dalam nafsu membelenggu Jangan biarkan mereka bersatu dengan kelalaian perasaan selamatkanlah mereka dari dosa Yang bakal membawa mereka sentiasa alpa dan leka
Ya Allah, Tunjukkan kepada kami keindahan syariatMu Syariat yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Adab dan pergaulan lelaki dan perempuan Yang digariskan dengan etika dan kesopanan
teman ' Syariat itu membataskan adab dan pergaulan' 'Syariat indah yang maha menetapkan kesusilaan' 'Cinta harus dibatasi dengan keindahan Islam yang digariskan' Moga cinta yang telah Allah kurniakan Menjadi satu keindahan dan rahmat kepada insan Bukan menjadi satu bala kepada umat Islam lantaran menurut hawa nafsu mainan syaitan Pimpinlah cinta menuju arah pimpinan cinta tuhan Moga hidup ini penuh keberkatan
cuti sekolah??erm..bila sebut je perkataan tu,mesti dah terbayang kat kepala ni
ttg a)keje skolah(pastinye)hah...cite psl ni..baru2 ni pengetua kasi tau yg dia nak cikgu2 kasi keje sklh kat kitaorg...kalo tak,kitaorg yg kne...adeihh...baru nak relaks lps exam...dah de homework...sabo jelah..
b)balik kg....takpe..kg. aku dekat je...jaraknye dlm 12 kilometer je... boleh berulang naik bas...hehe..rse cam nak duk kg. lah...tp kena makesure yg sedare lelaki x de...kalo tak,kne pkai tudung..
c)surf internet...hah,makin bertambahlah kerabunan mataku ini.. dahlah x nampak...kdg2 susah gak sbb kita x nmpak ape yg ditunjuk...segan gak...
d)shopping...biasalah..org pmpn...kalo pegi shopping pun,x tau nak beli ape...jenuh teman pikirnye...tp,knalah save bajet gak,kn..kalo x, keringlah nnti x de duit...